Dec 15, 2008

*rojak*

# laptop sebenarnya baru kembali dari "hospital laptop-laptop HP". punca: kerosakan keyboard.mujur masih dalam warranty, tak perlu lunaskan apa-apa bil. :)

# jam masih dalam proses pembaikian. hari itu singgah di city chain mesra mall untuk tanya perkembangan terbaru solvil titus ku itu, tapi masih tiada khabar berita.

# sony ericssonku terjatuh di dalam toilet semasa hari raya haji lepas. 2-3 hari hidup tidak bertelefon. sekarang sudah bertelefon kembali.pengalaman itu sungguh.....euuwwwwwwwwww!

# nenek aku sudah menjadi seorang moyang! she now has a great grandchildren, my cousin's first child. dan baru aku tahu dia tidak suka digelar "tok nyang", gelaran yg kami berikan kepada moyang kami (her dad).heee.

# rumah siti nurhaliza terselamat dari kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. mengikuti perkembangan bukit antarabangsa menyebabkan perasaan simpati aku bertukar menjadi sedikit jelak kepada segelintir penduduk di sana. ada yang marahkan anggota keselamatan yang sedang berehat kerana tidak menawarkan bantuan untuk mengangkat barang-barang mereka. "asyik makan je" katanya. bukankah mereka itu sudah berpenat lelah dalam macam macam hal,operasi mencari dan menyelamat, membina laluan sementara utk penduduk keluar dari kawasan itu, menyediakan makanan dan minuman utk mangsa? maaf kalau aku tersilap, tapi aku tidak respect orang yang tidak reti berterima kasih dan tiada adab sopan.

# ini berita agak basi. tapi petronas ada menyenaraikan petrochemical plants yang akan ditutup disebabkan ketidak stabilan ekonomi. malangnya, epemsb tersenarai. cerita penuh masih belum diketahui.isk. memang perlu tanya ayah aku hari ni. oh, utk rujukan, kamu boleh layari page ini.
hopefully, everything is gonna be ok.amin.



Love,
Dalila

4 comments:

Anonymous said...

update style blog chedet..
huhu~

dayla said...

heee. btol dah tuh. :)

Unknown said...

haha tu lah. baru nak cakap gaya snippet.

anyways, tak suke gak dgn orang orang yang tak reti bersyukur dekat bukit antarabangsa tu. huhu, manusia kan.. dah jadi macam tu pun nak bongkar takabbur lagi.

dayla said...

heehee.style ni best.hee.takpe.chedet tak patent kan lagi :D